打开APP
userphoto
未登录

开通VIP,畅享免费电子书等14项超值服

开通VIP
Resepi Kuih Talam/ Lapis Pandan dan Gula Merah Sed...
Hello pembaca setia blogopsi.com salam sejahtera semuanya, hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih talam atau lapis pandan dan gula merah. resepi ini saya pelajari dari sahabat baik saya yang share via facebook.

kuih lapis atau kuih talam sangat digemari oleh masyarakat Malaysia dan biasanya kuih ini disediakan di majlis. sebenarnya kuih ni saya buat 2 hari lepas tapi saya mengambil imej sahaja dan baru sempat share hari ini.

Resepi kuih Talam/ Lapis Pandan dan Gula Merah

di masyarakat malaysia kuih ni ada yang sebut kuih talam dan ada juga sebu kuih lapis, tapi apapun namanya kuih ini adalah salah satu kegemaran saya dan keluarga. rasa puas hati bila kuih yang saya buat habis dimakan oleh keluarga.

Kuih Talam Pandan


bagi peminat kuih talam pandan macam ni bolehlah mencuba resepi yang saya share dibawah ini, jom kita lihat resepinya.

Bahan Lapisan Bawah Hijau (A)

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 sb air kapur
  • 5 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
  • 1 cawan gula

Bahan Lapisan Atas Putih (B)

  • 3 cawan santan
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 4 sb tepung jagung
  • sedikit garam
Cara Penyediaan


1. satukan semua bahan lapisan bawah (A) kacau hingga bergentel dan tapis. dengan api sederhana masak sekejap dan kacau rata hingga gula hancur atau naik wap.

2. siapkan acuan kemudian sapukan minyak kemudian kukus hingga masak lebih kurang 30 minit bergantung saiz bekas.
3. campurkan semua bahan B dan kacau rata kemudian masak dengan api sederhana hingga naik wap. kemudian bila sudah masak tuangkan campuran bahan B ke atas campuran bahan A, dan kukus lagi hingga masak.

4. agar menghasilkan permukaaan yang cantik dan rata boleh gunakan kain sebagai penutup kukusan.

5. akhir sekali, bila sudah masak bolehlah angkat dan biarkan hingga benar-benar sejuk barulah boleh dipotong.

Kuih Talam Gula Merah


sebenarnya cara memasak talam pandan dan talam gula merah sama sahaja yang berbeza mungkin hanya beberapa bahannya sahaja. jom kita tengok resepi dibawah ini.

Bahan Lapisan Bawah 

  • 1 cawan gula merah  
  • 1 1/2 cawan gula
  • sedikit air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur
Cara Cara


1. masak gula putih dan gula merah bersama sedikit air kemudian selepas tu sejukan

2. bancuh tepung beras dan sedikit air kapur dengan air kemudian kacau hingga larut dan tapiskan kedalam periuk. selepas tu masak dengan api sederhana hingga agak pekat

3. siapakan loyang yang telah disapu minyak dan tuangkan semua bahan diatas (no. 1 dan 2) tadi kemudian kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.

Bahan Lapisan Atas

  • 3 cawan santan
  • 1 cawan tepung beras
  • sedikit garam
Cara-Cara

1. satukan semua bahan dan tapis. dengan api sederhana masak bahan tadi hingga agak pekat.

2. akhir sekali, bila sudah agak pekat tuangkan perlahan-lahan menggunakan senduk diatas bahan lapisan bawah. kemudian kukus hingga msak lebih kurang 30 minit.

3. biarkan hingga sejuk kemudian potong-potong.

bagaimana mudah sahaja kan resepi kuih lapis atau talam pandan dan gula merah yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi sedap berikutnya.
本站仅提供存储服务,所有内容均由用户发布,如发现有害或侵权内容,请点击举报
打开APP,阅读全文并永久保存 查看更多类似文章
猜你喜欢
类似文章
【热】打开小程序,算一算2024你的财运
Hanieliza's Cooking: Kuih Bakar Berlauk
Sambal Bawang Mentah
美食参考.[九层糕]
all about tips: RESEP KUE APEM KUKUS GULA MERAH,BERAS,TAPE
Resep Kue Mangkok Tepung Beras
印尼风物志:邦加糕点(图) (二之一)
更多类似文章 >>
生活服务
热点新闻
分享 收藏 导长图 关注 下载文章
绑定账号成功
后续可登录账号畅享VIP特权!
如果VIP功能使用有故障,
可点击这里联系客服!

联系客服